I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, February 9, 2009

LELAKI MENANGIS??
Antara EGO & luahan EMOSI…
Terdapat beberapa factor yang boleh menyebabkan seseorang lelakiitu menangis dan menitiskan air mata. Antaranya ialah:

Kehilangan sesuatu
Ada segelintir kaum lelaki yang akan mudah menangis sekiranya dalam keadaan kehilangan sesuatu. Contohnya, kehilangan pekerjaan sedangkan ia memerlukan pekerjaan tersebut untuk memenuhi keperluan hidup keluarganya. Mungkin seseorang itu tidak menangis di hadapan orang lain, sebaliknya akan berbuat demikian apabila dia sedang berseorangan. Maka orang lain tidak akan tahu.


Kehilangan seseorang
Kehilangan seseorang yang sangat disayangi dan dicintai juga boleh menyebabkan seseorang lelaki itu menangis. Sebagai contohnya, kehilangan orang tua, isteri, adik beradik mahupun kekasih. Situasi ini tidak seharusnya dipandang terlalu pelik kerana ia merupakan satu situasi yang normal sebagai seorang manusia biasa.

Konflik Identiti.
Perkara ini turut menyebabkan seseorang lelaki itu mudah untuk menangis. Dalam konteks ini, ia ada kaitannya dengan aspek psikologi di mana ia melibatkan sifat sama ada untuk pilih menjadi seorang maskulin ataupun sebaliknya. Kecelaruan dan kekeliruan berlaku di dalam mereka saat untuk membuat pilihan.

Aspek Psikologi.
Faktor seterusnya adalah berkaitan dengan aspek psikologi. Seperti yang kita sedia maklum bahawa factor psikologi memainkan peranan yang paling banyak untuk membuatkan seseorang lelaki itu menangis.

Perubahan Hormon
Faktor perubahan hormone turut mampu mempengaruhi seseorang lelaki itu untuk meluahkan rasa kesedihan serta kebahagiaannya.

Kitaran Perkembangan Hidup.
Seperti yang kita ketahui, wanita mengalami kitaran haidnya setiap bulan. Tahukah anda bahawa kaum lelaki turut mengalami suatu perubahan kitaran yang berlaku di dalam hidupnya. Tahukah anda bahawa kitaran perkembangan di kalangan kaum lelaki adalah bermula pada hari ke-17 hingga hari ke-23 aebulan? Ketika ini kaum lelaki dikatakan berada di dalam puncak-puncak keletihan atau dalam istilah psikologinya adalah ‘burn out’.

Secara psikologinya, kitaran perkembangan tersebut wajar terjadi. Namun begitu ia tidak sama dengan kaum wanita. Ini kerana kaum lelaki masih mampu memikirkan logic dan rasionalnya. Namun, kitaran seperti ini tidak berlaku secara rutin. Kecuali jika seseorang lelaki itu berada di dalam keadaan tertekan atau depresi.

KeNaPA kUNinG???

Sihat semulajadi

KUNING ITU STAMINA !

Bukankah warna kuning seringkali dikaitkan dengan rasa ceria dan kegembiraan?


Tahukah anda, warna kuning penuh dengan tenaga yang mampu memotivasikan diri supaya sentiasa berfikiran positif?


Jika tidak percaya, apa kata anda pakai pakaian berwarna kuning hari ini. Pastinya anda akan berasa tenang dan ceria. Lebih daripada itu, apa kata anda cuba mengambil secawan the bersama hirisan lemon. Teh yang menyenangkan dan ditambah dengan warna kuning lemon yang menceriakan pasti akan ‘membuka’ hari terbaik untuk anda.

Selain itu, anda boleh juga menghias meja di pejabat mahupun bilik tidur dengan variasi berwarna kuning kerana ia membantu mengaktifkan tenaga cakra dalam tubuh individu.

I luv kuning….

bayangkan anda terjatuh drpd bangunan??

JATUH BANGUNAN...

Suatu pagi seorang wanita sedang menikmati keindahan alam dari beranda rumahnya di tingkat 80. tiba-tiba tanpa disengajakan dia tergelincir lalu terjatuh. Sampai di tingkat 70, seorang lelaki Inggeris berjaya menyambutnya.

Wanita: Terima kasih kerana menolong saya…

Lelaki Inggeris : Tak mengapa tapi awak harus membalas budi saya.

Wanita: Bagaimana?

Lelaki Inggeris : Tidur dengan saya…

Wanita : Tak mahu. Kau ingat aku ni pelacur ye..

Lelaki Inggeris : Baiklah.

Lelaki Inggeris pun melepaskan semula wanita itu. Di tingkat 60, seorang lelaki Jepun berjaya menyambut wanita itu.

Wanita: Terima kasih. Anda telah menolong saya.

Lelaki Jepun : Sama-sama tapi awak harus membalas budi saya.

Wanita: Bagaimana?

Wanita: Bermalam dengan saya…

Wanita: Tak guna, aku tak mahu.

Lelaki Jepun: Kalau begitu, tak guna aku menyelamatkan kau.

Lelaki Jepun pun melepaskan semula wanita itu. Dari tingkat 50,40 dan 30, tidak ada seorang pun yang dapat menangkapwanita itu. Wanita itu mula ketakutan dan berharap jika ada orang yang menyelamatkannya, dia tidak lagi kisah jika terpaksa tidur dengan orang tersebut. Akhirnya di tingkat 20, seorang lelaki Arab berjaya menyambut wanita itu. Belum pun sempat lelaki Arab itu bersuara, wanita itu terlebih dahulu berkata-kata.

Wanita: Terima kasih, anda telah menolong saya. Sebagai membalas jasa, saya akan tidur dengan awak.

Lelaki Arab : Astaghfirullahalazim..(lalu melepaskan semula wanita itu).

Hehehe…so ape conclusion nyer kat cni yea???hehehe..hanya sebagai suka2 je.,..


AYAT KURSI








KEAGUNGAN AYAT KURSI

Ayat kursi merupakan ayat yang diturunkan setelah Hijrah. Oleh kerana kehebatan dan kemuliaan ayat ini, Allah SWT memerintah beribu-ribu malaikat untuk mengiringi ayat ini semasa penurunannya. Sehinggakan syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Dengan penurunan ayat Kursi ini, Rasullah SAW dengan segera memerintahkan Zaid b Tsabit menulis serta menyebarkannya.

KELEBIHANNYA:

Jika dibaca dengan khusyuk setiapkali selepas solat Fardhu, pagi dan petang, ketika keluar dan masuk rumah atau hendak musafir, Insyallah akan terpeliharalah dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan diri bahkan keluarga, anak-anak dan harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah SWT
Menurut keterangan dari kitab “ Asraarul Mufidah” sesiapa membacanya setiap hari sebanyak 18kali, maka akan dibukakan dadanya dengan pelbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang menghormatinya.


Menurut Syeikh Abu Abbas, sesiapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, Insyallah akan dicerdaskan akal fikirannya.

Jika diamalkan selalu, Allah akan menghilangkan segala kefakiran di depan matanya.
Jika dibaca sebanyak 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah akan memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.
Sebagai benteng untuk menyekat pencuri daripada menceroboh tempat kediaman.
Memberi keselamatan ketika dalam perjalanan.

Jika dibaca dengan penuh khusyuk, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
Jika mendiami rumah baru dan dibaca sebanyak 100kali, Insyallah, akan terhindar daripada gangguan dan bencana
.


Barang siapa yang membaca ayat Kursi ketika hendak tidur maka ia akan dijaga dua malaikat hingga pagi itu.

selamat beramal!!!!!!!!!!!!!

Thursday, February 5, 2009

wah..ramai juga pelajar yg keluar mengundi....


4,166 pelajar USIM keluar mengundi
NILAI – Seramai 4,166 pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) keluar mengundi bagi memilih ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2009/2010 pada tahun ini.

Penolong Pendaftar Kanan, Md Shah Rahman berkata, meskipun peratusan keluar mengundi pada tahun ini lebih rendah, tetapi masih membanggakan.

Menurutnya, peratusan keluar mengundi pelajar pada tahun ini turun 0.7 peratus kepada 95.7 peratus barbanding tahun lalu iaitu 96.4 peratus.

“Walaupun peratus kurang berbanding tahun lepas, namun jumlah pelajar mengundi lebih ramai sedangkan pada tahun ini, ramai pelajar terutamanya pelajar tahun empat sedang praktikal di luar kampus.

“Ini membuktikan bahawa mereka juga datang ke kampus untuk membuang undi sebagai memenuhi tanggungjawab dalam meneruskan amalan demokrasi,” katanya ketika ditemui selepas proses pembuangan undi.

Md Shah berkata, dua fakulti mencatatkan peratusan keluar mengundi terbanyak iaitu Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) sebanyak 98.7 peratus di kampus utama semantara Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan sebanyak 87.7%.di Kampus Pandan Indah.

Beliau berkata, pada tahun ini juga diperkenalkan anugerah kepada fakulti yang membuang undi tertinggi sebagai galakan kepada mereka untuk keluar mengundi.

Sementara itu, Dekan FPBU, Dr Rosni bin Samah berkata, pihaknya berpuas hati dengan peratusan pelajar fakulti itu yang keluar mengundi pada kali ini kerana beranggapan mereka sudah matang dan bijak dalam menentukan kepimpinan yang bakal menerajui MPP di universiti itu.

Dr Rosni berkata, peranan penyarah dalam menggalakkan pelajar keluar mengundi di dalam kelas dan pelajar yang sedang menjalankan tugasan praktikal di luar sebagai faktor penyumbang kepada kesedaran mereka untuk menunaikan tanggungjawab tersebut.

“Kita memastikan setiap pensyarah memberi saranan di dalam kelas, melantik ketua program, bagi memastikan semua pelajar yang sedang praktikal balik ke kampus untuk mengundi di samping berjumpa penyelia mereka untuk berbincang mengenai kajian mereka,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya yakin keputusan 100 peratus pelajar FBPU keluar mengundi pada tahun depan, boleh dicapai sekiranya mereka mempunyai kesedaran dan sikap tanggungjawab.
Dalam pada itu, Timbalan Naib Canselor HEP & ALUMNI, Prof Datuk Dr. Asin bin Dollah turut berkesempatan meluangkan masa bagi memberi sokongan dan galakan kepada pelajar untuk keluar mengundi.

Pada tahun ini, pelajar dari Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Mohd Alif Ismail, mendapat undian tertinggi seterusnya menyandang gelaran Yang diPertua MPP, USIM 2008/2009.

Tuesday, February 3, 2009

GeLaK saKaN bERSAMa innocent..wakaka!!!!

WAJAHMU DI MANA-MANA

Isteri : Bangganya Hani. Dah 8 taun kita kawin, abang masih simpan gambo Hani dalam 'wallet' abang?

Suami : Tiap kali abang ader masalah jer, gambo Hani la yang abg tengok..
Secara automatiknya, sume masalah ilang + lenyap + lesap macam angin..

Isteri : Wah...jadi abang nie, dah nampak lah ye, betapa hebatnya Hani dalam idup abang??

Suami : Ya..betul Hani. Setiap kali ader masalah dan lepas tengok gambo Hani,
abang akan cakap dalam hati, mana ada masalah lain yang lebih dahsyat
berbanding masalah yang satu nih!!*$#@!&**<=)

Patutkah ISA dikekalkan?

Akta Keselamatan Dalam Negeri mesti dikekalkan

Dalam kupasan media dan komentar umum mutakhir ini banyak kecenderungan untuk meminta pihak berkuasa memansuhkan penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas alasan sama ada telah usang, ketinggalan zaman, tidak berperi kemanusiaan, melanggar hak asasi, bercorak kuku besi dan pelbagai label yang menggambarkan rasa kurang senang mengenai akta tersebut.
Apakah semua yang diperkatakan itu benar, difahami atau disedari oleh pihak terlibat ataupun ia hanya semata-mata menjadi umpan peribadi atas kepentingan politik dan keterlibatan pihak berkaitan dalam elemen-elemen yang membolehkan mereka itu dikenakan tindakan melalui ISA.
Inilah yang sebenarnya yang perlu kita perhalusi supaya sebagai rakyat Malaysia yang sudah pun mengalami saat aman dan makmur selama lebih lima dekad tidak terperangkap dengan tuntutan demokrasi tanpa sempadan yang sedang mengugat negara maju seperti Amerika Syarikat (AS) sekarang.
Oleh itu, untuk memberikan justifikasi akta berkenaan, kita perlu membuka mata dan minda melihat ISA ini secara yang jujur, ikhlas dan dengan fikiran terbuka.
Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah satu akta yang diwujudkan bagi tujuan pencegahan terhadap anasir anti nasional dan subversif. "Keselamatan Negara" dikatakan menjadi sekup utama untuk kewajaran undang-undang ini. Akta ini terletak di bawah bidang kuasa Perkara 149 Perlembagaan Malaysia 1957.
Penguatkuasaan akta ini diterjemahkan dalam Perkara 151 Perlembagaan Malaysia pada tahun 1960 dan ia bersifat proaktif dalam menangani masalah-masalah kompleks yang sukar ditangani melalui prosedur biasa dan memerlukan tindakan segera demi keselamatan awam dan kesejahteraan ramai.
Banyak negara maju termasuk AS dan Australia cuba mengadaptasi akta ini dalam sistem perundangan mereka walaupun pada masa yang sama mencemuh pelaksanaannya di Malaysia.
Sejarah akta ini mula diperkenalkan oleh British melalui Pesuruh Jaya Tingginya Sir Edward Gent pada tahun 1948 bagi mengekang pengaruh dan keganasan komunis di Malaya pada ketika itu. Oleh kerana keberkesanannya maka ia masih terus terpakai sehingga kini setelah melalui beberapa proses pengubahsuaian.
Dalam Perkara 149 Fasa (1) telah mentafsir bahawa perbuatan subversif itu adalah satu tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam, atau menimbulkan ancaman oleh mana-mana kumpulan besar orang, sama ada di dalam atau di luar Persekutuan, untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu atau untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana kerajaan di dalam Persekutuan; atau untuk menggalakkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum yang berlainan atau golongan penduduk yang berlainan yang mungkin menyebabkan keganasan; atau untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang; atau yang memudaratkan penyenggaraan atau perjalanan apa-apa bekalan atau perkhidmatan kepada orang awam atau mana-mana golongan orang awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya; atau yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatannya.
Dengan sedikit kupasan ringkas mengenai akta tersebut, kita melihat bahawa Malaysia telah mendapat terlalu banyak manfaat dalam mewujudkan situasi yang stabil, menyediakan platform bagi pembangunan pesatnya selama lebih lima dekad tanpa sebarang halangan.
Banyak perkara yang sukar untuk dibanteras sekiranya akta ini tidak wujud. Kerana jenayah terancang, ancaman keselamatan dan anasir subversif selalunya wujud secara sistematik dan tidak mudah untuk menanganinya sebagaimana kita menangani jenayah biasa.
Mungkin apa yang sedang ditonjolkan pada hari ini adalah kekhuatiran umum terhadap penyalahgunaan akta berkenaan oleh pihak berkuasa dengan berlakunya penahanan-penahanan atas alasanalasan yang tidak relevan. Bagaimanapun, ia bukanlah satu alasan yang kukuh supaya ISA mesti dimansuhkan. Kerana ia adalah kubu atau benteng terakhir bagi menyelamatkan negara daripada tercebur ke kancah kemusnahan.
Perbuatan memansuhkan akta berkenaan adalah umpama membakar kelambu akibat perbuatan seekor nyamuk. Walhal, masalah utama adalah bukan mengenai akta itu sendiri tetapi bagaimana ia dikuatkuasakan. Itulah yang patut menjadi asas bagi memperbaiki keadaan dan bukan sebaliknya.
Sebagai rakyat yang cintakan keamanan dan tidak melanggar sebarang undang-undang dan peraturan, kita tidak sepatutnya tertekan atau terlebih takut dengan khabar angin, momokan atau dakyah golongan yang mempunyai agenda peribadi sehingga sanggup menggadai kepentingan negara bagi mencapai cita-cita.
Mari kita kembalikan fokus dan neraca pertimbangan akal kita kepada perkara yang lebih utama supaya kita tidak tersalah arah. Bak kata pepatah, terlajak perahu bolah di undur, tarlajak perbuatan, badan binasa.