I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, February 5, 2009

wah..ramai juga pelajar yg keluar mengundi....


4,166 pelajar USIM keluar mengundi
NILAI – Seramai 4,166 pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) keluar mengundi bagi memilih ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2009/2010 pada tahun ini.

Penolong Pendaftar Kanan, Md Shah Rahman berkata, meskipun peratusan keluar mengundi pada tahun ini lebih rendah, tetapi masih membanggakan.

Menurutnya, peratusan keluar mengundi pelajar pada tahun ini turun 0.7 peratus kepada 95.7 peratus barbanding tahun lalu iaitu 96.4 peratus.

“Walaupun peratus kurang berbanding tahun lepas, namun jumlah pelajar mengundi lebih ramai sedangkan pada tahun ini, ramai pelajar terutamanya pelajar tahun empat sedang praktikal di luar kampus.

“Ini membuktikan bahawa mereka juga datang ke kampus untuk membuang undi sebagai memenuhi tanggungjawab dalam meneruskan amalan demokrasi,” katanya ketika ditemui selepas proses pembuangan undi.

Md Shah berkata, dua fakulti mencatatkan peratusan keluar mengundi terbanyak iaitu Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) sebanyak 98.7 peratus di kampus utama semantara Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan sebanyak 87.7%.di Kampus Pandan Indah.

Beliau berkata, pada tahun ini juga diperkenalkan anugerah kepada fakulti yang membuang undi tertinggi sebagai galakan kepada mereka untuk keluar mengundi.

Sementara itu, Dekan FPBU, Dr Rosni bin Samah berkata, pihaknya berpuas hati dengan peratusan pelajar fakulti itu yang keluar mengundi pada kali ini kerana beranggapan mereka sudah matang dan bijak dalam menentukan kepimpinan yang bakal menerajui MPP di universiti itu.

Dr Rosni berkata, peranan penyarah dalam menggalakkan pelajar keluar mengundi di dalam kelas dan pelajar yang sedang menjalankan tugasan praktikal di luar sebagai faktor penyumbang kepada kesedaran mereka untuk menunaikan tanggungjawab tersebut.

“Kita memastikan setiap pensyarah memberi saranan di dalam kelas, melantik ketua program, bagi memastikan semua pelajar yang sedang praktikal balik ke kampus untuk mengundi di samping berjumpa penyelia mereka untuk berbincang mengenai kajian mereka,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya yakin keputusan 100 peratus pelajar FBPU keluar mengundi pada tahun depan, boleh dicapai sekiranya mereka mempunyai kesedaran dan sikap tanggungjawab.
Dalam pada itu, Timbalan Naib Canselor HEP & ALUMNI, Prof Datuk Dr. Asin bin Dollah turut berkesempatan meluangkan masa bagi memberi sokongan dan galakan kepada pelajar untuk keluar mengundi.

Pada tahun ini, pelajar dari Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Mohd Alif Ismail, mendapat undian tertinggi seterusnya menyandang gelaran Yang diPertua MPP, USIM 2008/2009.

No comments:

Post a Comment