I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, February 27, 2009

KUDA PANDAI?

kuda raja...(klakar sey..!!)


Alkisah dalam satu negeri tu adalah seorang raja yang sangat ego lagi
berlagak. Dah lah tak hensem, sombonglah pulak tu. Beliau mempunyai
seekor kuda yang sangat patuh kepadanya.

Kepandaian kuda ini telah tersebar meluas ke seluruh negara. Kuda ni
memang pandai giler..... suruh buat apa pun mesti dilakukan, kalau
raja suruh panjat pokok dia panjat, suruh nyayi lagu Hattan dia
nyanyi ...itu pasallah raja ni sayang sangat kat kudenya. Tapi kude
ni hanya dengar arahan raja ni sorang je.

Kerana berasa sangat ego,raja ini telah mengadakan satu pertandingan jika ada diantara
rakyatnya yang dapat mengarahkan kuda tu duduk, dapatlah hadiah lima
ratus dinar seperti yang dijanjikan kepada rakyatnya.

Apabila hari pertandingan bermula, keluarlah seluruh rakyatnya untuk
menyaksikan siapa yang boleh membuatkan kude tu duduk. Hari dah
hampir senja tapi masih tiada yang dapat berbuat demikian... makin
egolah raja sorang ni.

Tiba-tiba muncul seorang budak lalu pergi ke arah kuda tu dan tanpa
disangka-sangka kude tu terus tunduk. Maka terkejutlah raja tadi lalu
dipanggilnya budak tersebut seraya bertanya "Apa yang engkau buat
sampai kude beta tu duduk wahai budak?" maka dengan selambanya budak
tu berkata "Tadi patik jentik telur kude tu sampai dia terduduk.
(Senak la agaknya kot...) lalu blah sambil mengira-ngira wang yg
dimenanginya.

Raja yang tak puas hati ni adakan satu lagi pertandingan. Bukannye
apa... nak cover malu. "Kali ni beta pasti yang sapa-sapa pun takkan
boleh menyuruh kuda beta menggelengkan kepalanya" katanya dalam hati
sambil ketawa. Maka sampailah hari pertandingan tu...ramailah rakyat
keluar nak melihat sapa yang boleh buat kude raja ni geleng kepala.

Seperti hari yg sebelumnya, dari pagi sampai la ke petang masih belum
ada siapa yang dapat membuatkan kuda raja tersebut menggelengkan
kepalanya... raja menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba.

Tiba-tiba datang lagi budak kecik tu dan bagitahu raja yang dia nak
cuba lagi. Dengan selambanya raja berkata, "cubalah kalau boleh".

Budak kecik ni pun pegi kat kude tu lalu berbisik kat telinganya.
Dengan tak semena-mena kude tu terus menggelengkan kepalanya, maka
bersoraklah orang ramai dengan kejayaan budak kecik tu lagi.

Raja berasa pelik lalu bertanya! "Beta nak tau, apa yang kamu
bisikkan tadi sampai kude beta pun gelengkan kepalanya?" Dengan
selambanya budak tu jawab "Nak kena jentik lagi...??"

Huhuhuhhu...harap anda tersengih akhirnya...
BERSIH

Dengan perasan marah yang membara,Puan Mazlin masuk ke bilik Guru Besar.

"Saya ingin tahu," katanya dengan kasar, "Mengapa anak saya,

Mazni, diberi markah kosong untuk ujian bahasa?!"

"Bawa bertenang, puan," kata Guru Besar.

"Biar saya panggil guru bahasanya, tentu dia ada alasan sendiri."

Beberapa minit kemudian datanglah guru yang dimaksud.

"Mengapa awak berikan markah kosong untuk ujian bahasa kepada Mazni?" tanya puan Mazlin.

"Tidak ada pilihan lain," kata guru itu.

"Ia menghantar kertas putih, tak satu pun yang ditulisnya."

"Itu bukan alasan," potong puan Mazli dengan kasarnya.

"Sekurang-kurangnya bagilah 10 markah untuk kebersihannya itu." sambungnya lagi...

cerita adalah rekaan semata-mata..
tiada kene mengena dengan yang hidup atau pun yang meninggal dunia...

Sunday, February 15, 2009

tidak ku sangka....



Nilai- Seramai 3 orang pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah berjaya menjejakkan kaki ke perpustakaan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) untuk mencari buku rujukan bagi subjek Bahasa Arab Professional dan Teknologi pada 14 Febuari 2009. Mereka yang terlibat adalah siti aisyah jamil, farhatul khalidah dan aisyah sukaimi.


HEHEHE...SAJER JE WAT MCM NEWS..AL-MAKLUMLAH DAH TEROR BANGAT WAT NEWS..HUHUHU..


APE citer sbnrnya nih...?


sbnrnya aritu kitowang gi carik bahan..budget smpai petang menapak kat library UIA, xpon esok datang lagi..al-maklumlah..tajuk arab,macam payah jer nak jumpe..tapi TAK KUSANGKA RUPA2NYA..kejap jer kitowang dapat bahan..dalam 2 jam pastuh ape lagi...caabuut..waktu ondaway gi uia, nmpak signboard zoo negara..slummer ni lalu wat dun know jer..tetiba dapat hidayah lak nk gi melawat binatang..di sokong pula oleh 2orang aisyah tadi...ape lagi...LAYAN!!!!!


Ni Lah Hasil nya!!!!!!!





JENG..JENG..JENG.. WELCOME TO ZOO NEGARA..


emmm..kalau nak tahu, semester lepas pergi zoo Taiping, semester ni pula pergi Zoo Negara..



kenapa lah asyik bertemu jodoh dengan zoo jer erk?????


APA2 PUN, BOLEH LAH LEPAS TENSION..SERONOK APA?


Wednesday, February 11, 2009

pelik? tapi benar...

emm..pelik ke? aku pun tak tahu ,benda ni, pelik atau tidak? ke aku yang pelik?

Pertama kali aku masuk usim,ada seorang budak lelaki tu, dia pandang aku macam berminat je..(hehehe..perasan ke?)aku naik pelik tengok dia..Aku bukanlah gadis cantik tapi kenapa dia selalu pandang aku..

Suatu hari, aku memberanikan diri bertanya dengannya.kenapa?kenapa?kenapa?
Rupa-rupanya, setiap kali dia melihat dan menilai perempuan, pastinya kasut yang menjadi pilihan matanya..emm..pelik.Memang pelik? Setahu aku, lelaki tak sah kalau melihat kecantikan muka terlebih dahulu...Patutlah dia pandang aku..Rupa-rupanya dia suka kat kasut aku..huhu..Selamat tak perasan..

Memang tak dapat aku nafikan, aku memang suka kasut..macam-macam warna aku ada. warna hitam dan putih bukanlah sepasang dua.Al-maklumlah warna asas..Mestilah kene lebih..huhu..
Warna hijau adalah tiga pasang..tapi dua pasang lagi aku tak sempat nak guna.Warna merah yang paling aku suka
Yang aku pelik pula, kenapa setiap kali aku pakai kasut biru,baju biru,'make-up' biru, orang suka pandang dari bawah sampai ke atas.yang peliknya lagi, ada yang naik "teling" kepalanya bila tengok aku..ibaratnya,pusingan 45 darjah....hmm, pelik juga budak usim ni, bukan ke itu fasion namanya..adakah aku pelik? atau mereka yang pelik?
hmmm..memang pelik..

LAWAK BERUNSUR NASIHAT

CITER LAWAK

Assalamualaikum...
tolonglah ambil masa 2 minit untuk membaca ini....
kalau lebih dua minit tu bukan membaca la tu..tapi mengeja;-)
Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih... Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "


"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....

Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda fikirlahlah...

" Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... "

" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"

"Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai.. tak cukup masa..’’


Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan???

/ Kenapa gelak/ tu kan realiti.. tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak???? Wallahualam..

Monday, February 9, 2009


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

kEtAWa pENawAr dUKa

SAKIT JIWA

Seorang lelaki yang mengalami sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takutkan ayam. Jika ternampakkan haiwan tersebut, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak.

Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?

Lelaki : Ya, doktor.

Doktor : Siapa kamu sebenarnya?

Lelaki : Saya ni manusia doktor.

Doktor : Ye ke? Bukan jagung?

Lelaki : Bukan. Saya manusia, doktor.

Doktor : Kamu takut dengan ayam?

Lelaki : Tidak, doktor.

Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.

Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.


Doktor : Apa dia?

Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia?

Doktor : ?????
LELAKI MENANGIS??
Antara EGO & luahan EMOSI…
Terdapat beberapa factor yang boleh menyebabkan seseorang lelakiitu menangis dan menitiskan air mata. Antaranya ialah:

Kehilangan sesuatu
Ada segelintir kaum lelaki yang akan mudah menangis sekiranya dalam keadaan kehilangan sesuatu. Contohnya, kehilangan pekerjaan sedangkan ia memerlukan pekerjaan tersebut untuk memenuhi keperluan hidup keluarganya. Mungkin seseorang itu tidak menangis di hadapan orang lain, sebaliknya akan berbuat demikian apabila dia sedang berseorangan. Maka orang lain tidak akan tahu.


Kehilangan seseorang
Kehilangan seseorang yang sangat disayangi dan dicintai juga boleh menyebabkan seseorang lelaki itu menangis. Sebagai contohnya, kehilangan orang tua, isteri, adik beradik mahupun kekasih. Situasi ini tidak seharusnya dipandang terlalu pelik kerana ia merupakan satu situasi yang normal sebagai seorang manusia biasa.

Konflik Identiti.
Perkara ini turut menyebabkan seseorang lelaki itu mudah untuk menangis. Dalam konteks ini, ia ada kaitannya dengan aspek psikologi di mana ia melibatkan sifat sama ada untuk pilih menjadi seorang maskulin ataupun sebaliknya. Kecelaruan dan kekeliruan berlaku di dalam mereka saat untuk membuat pilihan.

Aspek Psikologi.
Faktor seterusnya adalah berkaitan dengan aspek psikologi. Seperti yang kita sedia maklum bahawa factor psikologi memainkan peranan yang paling banyak untuk membuatkan seseorang lelaki itu menangis.

Perubahan Hormon
Faktor perubahan hormone turut mampu mempengaruhi seseorang lelaki itu untuk meluahkan rasa kesedihan serta kebahagiaannya.

Kitaran Perkembangan Hidup.
Seperti yang kita ketahui, wanita mengalami kitaran haidnya setiap bulan. Tahukah anda bahawa kaum lelaki turut mengalami suatu perubahan kitaran yang berlaku di dalam hidupnya. Tahukah anda bahawa kitaran perkembangan di kalangan kaum lelaki adalah bermula pada hari ke-17 hingga hari ke-23 aebulan? Ketika ini kaum lelaki dikatakan berada di dalam puncak-puncak keletihan atau dalam istilah psikologinya adalah ‘burn out’.

Secara psikologinya, kitaran perkembangan tersebut wajar terjadi. Namun begitu ia tidak sama dengan kaum wanita. Ini kerana kaum lelaki masih mampu memikirkan logic dan rasionalnya. Namun, kitaran seperti ini tidak berlaku secara rutin. Kecuali jika seseorang lelaki itu berada di dalam keadaan tertekan atau depresi.

KeNaPA kUNinG???

Sihat semulajadi

KUNING ITU STAMINA !

Bukankah warna kuning seringkali dikaitkan dengan rasa ceria dan kegembiraan?


Tahukah anda, warna kuning penuh dengan tenaga yang mampu memotivasikan diri supaya sentiasa berfikiran positif?


Jika tidak percaya, apa kata anda pakai pakaian berwarna kuning hari ini. Pastinya anda akan berasa tenang dan ceria. Lebih daripada itu, apa kata anda cuba mengambil secawan the bersama hirisan lemon. Teh yang menyenangkan dan ditambah dengan warna kuning lemon yang menceriakan pasti akan ‘membuka’ hari terbaik untuk anda.

Selain itu, anda boleh juga menghias meja di pejabat mahupun bilik tidur dengan variasi berwarna kuning kerana ia membantu mengaktifkan tenaga cakra dalam tubuh individu.

I luv kuning….

bayangkan anda terjatuh drpd bangunan??

JATUH BANGUNAN...

Suatu pagi seorang wanita sedang menikmati keindahan alam dari beranda rumahnya di tingkat 80. tiba-tiba tanpa disengajakan dia tergelincir lalu terjatuh. Sampai di tingkat 70, seorang lelaki Inggeris berjaya menyambutnya.

Wanita: Terima kasih kerana menolong saya…

Lelaki Inggeris : Tak mengapa tapi awak harus membalas budi saya.

Wanita: Bagaimana?

Lelaki Inggeris : Tidur dengan saya…

Wanita : Tak mahu. Kau ingat aku ni pelacur ye..

Lelaki Inggeris : Baiklah.

Lelaki Inggeris pun melepaskan semula wanita itu. Di tingkat 60, seorang lelaki Jepun berjaya menyambut wanita itu.

Wanita: Terima kasih. Anda telah menolong saya.

Lelaki Jepun : Sama-sama tapi awak harus membalas budi saya.

Wanita: Bagaimana?

Wanita: Bermalam dengan saya…

Wanita: Tak guna, aku tak mahu.

Lelaki Jepun: Kalau begitu, tak guna aku menyelamatkan kau.

Lelaki Jepun pun melepaskan semula wanita itu. Dari tingkat 50,40 dan 30, tidak ada seorang pun yang dapat menangkapwanita itu. Wanita itu mula ketakutan dan berharap jika ada orang yang menyelamatkannya, dia tidak lagi kisah jika terpaksa tidur dengan orang tersebut. Akhirnya di tingkat 20, seorang lelaki Arab berjaya menyambut wanita itu. Belum pun sempat lelaki Arab itu bersuara, wanita itu terlebih dahulu berkata-kata.

Wanita: Terima kasih, anda telah menolong saya. Sebagai membalas jasa, saya akan tidur dengan awak.

Lelaki Arab : Astaghfirullahalazim..(lalu melepaskan semula wanita itu).

Hehehe…so ape conclusion nyer kat cni yea???hehehe..hanya sebagai suka2 je.,..


AYAT KURSI








KEAGUNGAN AYAT KURSI

Ayat kursi merupakan ayat yang diturunkan setelah Hijrah. Oleh kerana kehebatan dan kemuliaan ayat ini, Allah SWT memerintah beribu-ribu malaikat untuk mengiringi ayat ini semasa penurunannya. Sehinggakan syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Dengan penurunan ayat Kursi ini, Rasullah SAW dengan segera memerintahkan Zaid b Tsabit menulis serta menyebarkannya.

KELEBIHANNYA:

Jika dibaca dengan khusyuk setiapkali selepas solat Fardhu, pagi dan petang, ketika keluar dan masuk rumah atau hendak musafir, Insyallah akan terpeliharalah dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan diri bahkan keluarga, anak-anak dan harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah SWT
Menurut keterangan dari kitab “ Asraarul Mufidah” sesiapa membacanya setiap hari sebanyak 18kali, maka akan dibukakan dadanya dengan pelbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang menghormatinya.


Menurut Syeikh Abu Abbas, sesiapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, Insyallah akan dicerdaskan akal fikirannya.

Jika diamalkan selalu, Allah akan menghilangkan segala kefakiran di depan matanya.
Jika dibaca sebanyak 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah akan memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.
Sebagai benteng untuk menyekat pencuri daripada menceroboh tempat kediaman.
Memberi keselamatan ketika dalam perjalanan.

Jika dibaca dengan penuh khusyuk, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
Jika mendiami rumah baru dan dibaca sebanyak 100kali, Insyallah, akan terhindar daripada gangguan dan bencana
.


Barang siapa yang membaca ayat Kursi ketika hendak tidur maka ia akan dijaga dua malaikat hingga pagi itu.

selamat beramal!!!!!!!!!!!!!

Thursday, February 5, 2009

wah..ramai juga pelajar yg keluar mengundi....


4,166 pelajar USIM keluar mengundi
NILAI – Seramai 4,166 pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) keluar mengundi bagi memilih ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2009/2010 pada tahun ini.

Penolong Pendaftar Kanan, Md Shah Rahman berkata, meskipun peratusan keluar mengundi pada tahun ini lebih rendah, tetapi masih membanggakan.

Menurutnya, peratusan keluar mengundi pelajar pada tahun ini turun 0.7 peratus kepada 95.7 peratus barbanding tahun lalu iaitu 96.4 peratus.

“Walaupun peratus kurang berbanding tahun lepas, namun jumlah pelajar mengundi lebih ramai sedangkan pada tahun ini, ramai pelajar terutamanya pelajar tahun empat sedang praktikal di luar kampus.

“Ini membuktikan bahawa mereka juga datang ke kampus untuk membuang undi sebagai memenuhi tanggungjawab dalam meneruskan amalan demokrasi,” katanya ketika ditemui selepas proses pembuangan undi.

Md Shah berkata, dua fakulti mencatatkan peratusan keluar mengundi terbanyak iaitu Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) sebanyak 98.7 peratus di kampus utama semantara Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan sebanyak 87.7%.di Kampus Pandan Indah.

Beliau berkata, pada tahun ini juga diperkenalkan anugerah kepada fakulti yang membuang undi tertinggi sebagai galakan kepada mereka untuk keluar mengundi.

Sementara itu, Dekan FPBU, Dr Rosni bin Samah berkata, pihaknya berpuas hati dengan peratusan pelajar fakulti itu yang keluar mengundi pada kali ini kerana beranggapan mereka sudah matang dan bijak dalam menentukan kepimpinan yang bakal menerajui MPP di universiti itu.

Dr Rosni berkata, peranan penyarah dalam menggalakkan pelajar keluar mengundi di dalam kelas dan pelajar yang sedang menjalankan tugasan praktikal di luar sebagai faktor penyumbang kepada kesedaran mereka untuk menunaikan tanggungjawab tersebut.

“Kita memastikan setiap pensyarah memberi saranan di dalam kelas, melantik ketua program, bagi memastikan semua pelajar yang sedang praktikal balik ke kampus untuk mengundi di samping berjumpa penyelia mereka untuk berbincang mengenai kajian mereka,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya yakin keputusan 100 peratus pelajar FBPU keluar mengundi pada tahun depan, boleh dicapai sekiranya mereka mempunyai kesedaran dan sikap tanggungjawab.
Dalam pada itu, Timbalan Naib Canselor HEP & ALUMNI, Prof Datuk Dr. Asin bin Dollah turut berkesempatan meluangkan masa bagi memberi sokongan dan galakan kepada pelajar untuk keluar mengundi.

Pada tahun ini, pelajar dari Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Mohd Alif Ismail, mendapat undian tertinggi seterusnya menyandang gelaran Yang diPertua MPP, USIM 2008/2009.

Tuesday, February 3, 2009

GeLaK saKaN bERSAMa innocent..wakaka!!!!

WAJAHMU DI MANA-MANA

Isteri : Bangganya Hani. Dah 8 taun kita kawin, abang masih simpan gambo Hani dalam 'wallet' abang?

Suami : Tiap kali abang ader masalah jer, gambo Hani la yang abg tengok..
Secara automatiknya, sume masalah ilang + lenyap + lesap macam angin..

Isteri : Wah...jadi abang nie, dah nampak lah ye, betapa hebatnya Hani dalam idup abang??

Suami : Ya..betul Hani. Setiap kali ader masalah dan lepas tengok gambo Hani,
abang akan cakap dalam hati, mana ada masalah lain yang lebih dahsyat
berbanding masalah yang satu nih!!*$#@!&**<=)

Patutkah ISA dikekalkan?

Akta Keselamatan Dalam Negeri mesti dikekalkan

Dalam kupasan media dan komentar umum mutakhir ini banyak kecenderungan untuk meminta pihak berkuasa memansuhkan penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas alasan sama ada telah usang, ketinggalan zaman, tidak berperi kemanusiaan, melanggar hak asasi, bercorak kuku besi dan pelbagai label yang menggambarkan rasa kurang senang mengenai akta tersebut.
Apakah semua yang diperkatakan itu benar, difahami atau disedari oleh pihak terlibat ataupun ia hanya semata-mata menjadi umpan peribadi atas kepentingan politik dan keterlibatan pihak berkaitan dalam elemen-elemen yang membolehkan mereka itu dikenakan tindakan melalui ISA.
Inilah yang sebenarnya yang perlu kita perhalusi supaya sebagai rakyat Malaysia yang sudah pun mengalami saat aman dan makmur selama lebih lima dekad tidak terperangkap dengan tuntutan demokrasi tanpa sempadan yang sedang mengugat negara maju seperti Amerika Syarikat (AS) sekarang.
Oleh itu, untuk memberikan justifikasi akta berkenaan, kita perlu membuka mata dan minda melihat ISA ini secara yang jujur, ikhlas dan dengan fikiran terbuka.
Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah satu akta yang diwujudkan bagi tujuan pencegahan terhadap anasir anti nasional dan subversif. "Keselamatan Negara" dikatakan menjadi sekup utama untuk kewajaran undang-undang ini. Akta ini terletak di bawah bidang kuasa Perkara 149 Perlembagaan Malaysia 1957.
Penguatkuasaan akta ini diterjemahkan dalam Perkara 151 Perlembagaan Malaysia pada tahun 1960 dan ia bersifat proaktif dalam menangani masalah-masalah kompleks yang sukar ditangani melalui prosedur biasa dan memerlukan tindakan segera demi keselamatan awam dan kesejahteraan ramai.
Banyak negara maju termasuk AS dan Australia cuba mengadaptasi akta ini dalam sistem perundangan mereka walaupun pada masa yang sama mencemuh pelaksanaannya di Malaysia.
Sejarah akta ini mula diperkenalkan oleh British melalui Pesuruh Jaya Tingginya Sir Edward Gent pada tahun 1948 bagi mengekang pengaruh dan keganasan komunis di Malaya pada ketika itu. Oleh kerana keberkesanannya maka ia masih terus terpakai sehingga kini setelah melalui beberapa proses pengubahsuaian.
Dalam Perkara 149 Fasa (1) telah mentafsir bahawa perbuatan subversif itu adalah satu tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam, atau menimbulkan ancaman oleh mana-mana kumpulan besar orang, sama ada di dalam atau di luar Persekutuan, untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu atau untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana kerajaan di dalam Persekutuan; atau untuk menggalakkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum yang berlainan atau golongan penduduk yang berlainan yang mungkin menyebabkan keganasan; atau untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang; atau yang memudaratkan penyenggaraan atau perjalanan apa-apa bekalan atau perkhidmatan kepada orang awam atau mana-mana golongan orang awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya; atau yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatannya.
Dengan sedikit kupasan ringkas mengenai akta tersebut, kita melihat bahawa Malaysia telah mendapat terlalu banyak manfaat dalam mewujudkan situasi yang stabil, menyediakan platform bagi pembangunan pesatnya selama lebih lima dekad tanpa sebarang halangan.
Banyak perkara yang sukar untuk dibanteras sekiranya akta ini tidak wujud. Kerana jenayah terancang, ancaman keselamatan dan anasir subversif selalunya wujud secara sistematik dan tidak mudah untuk menanganinya sebagaimana kita menangani jenayah biasa.
Mungkin apa yang sedang ditonjolkan pada hari ini adalah kekhuatiran umum terhadap penyalahgunaan akta berkenaan oleh pihak berkuasa dengan berlakunya penahanan-penahanan atas alasanalasan yang tidak relevan. Bagaimanapun, ia bukanlah satu alasan yang kukuh supaya ISA mesti dimansuhkan. Kerana ia adalah kubu atau benteng terakhir bagi menyelamatkan negara daripada tercebur ke kancah kemusnahan.
Perbuatan memansuhkan akta berkenaan adalah umpama membakar kelambu akibat perbuatan seekor nyamuk. Walhal, masalah utama adalah bukan mengenai akta itu sendiri tetapi bagaimana ia dikuatkuasakan. Itulah yang patut menjadi asas bagi memperbaiki keadaan dan bukan sebaliknya.
Sebagai rakyat yang cintakan keamanan dan tidak melanggar sebarang undang-undang dan peraturan, kita tidak sepatutnya tertekan atau terlebih takut dengan khabar angin, momokan atau dakyah golongan yang mempunyai agenda peribadi sehingga sanggup menggadai kepentingan negara bagi mencapai cita-cita.
Mari kita kembalikan fokus dan neraca pertimbangan akal kita kepada perkara yang lebih utama supaya kita tidak tersalah arah. Bak kata pepatah, terlajak perahu bolah di undur, tarlajak perbuatan, badan binasa.